LEMON .


Asalamualaikum , selamat ptg uolls ⛅ .
Maaf lame menyepi . Untuk entry kali nie , saye nak sharee information tentang buah lemon yang saye suka jika dibuat minuman . Ice lemon tea favourite saye hokayy ! 😙



Buah lemon dengan warna kekuningan yang menarik itula yang banyak terdapat di pasaraya . Tapi tahukah uolls ,  apakah rahsia kebaikan buah lemon kepada kesihatan kitew ? Jangan duk tenung tilik pegang aje . Buah lemon ini ada banyak kebaikan , meh sini saya sharekan , tak perlu belanja besar punn. Family syee pon tanam sendirii hokayy.

Meh sayew nk share information berkaitan dengan khasiat buah lemon

1. Kuruskan Badan

Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan . Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar dan ini sangat penting proses diet untuk kuruskan badan .

2. Tingkatkan Hidrasi & Berikan Tenaga

Kebiasanya pada setiap pagi kita akan mengalami situasi yang agak malas dan kurang bertenagakan ? Cuba mulakan pagi kita dengan segelas air lemon suam pasti kita akan rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari . Air lemon ini memberikan khasiat yg umpphh gitew untuk lonjakkan tenaga kita . Tak cuba tak tau kan , dah cuba pasti mau !

3. Cantikkan Kulit

Tahukan yang lemon ini mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi . Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit . Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda .

4. Sokong Sistem Imun

Alkisahnya dengan kandungan Vitamin C yang tinggi dapat membantu meningkatkan sistem imun manusia . Ini bagi mengelakkan mudah terkena demam selesema baik amalkan secawan lemon suam di pagi hari sebelum melakukan sesuatu aktiviti .

5. Melegakan sistem percernaan

Lemon bertindak sebagai pencuci darah dan sebagai agen bakteria . Lemon boleh mempercepatkan proses percernaan dengan memperbanyakan penghasilan air liur dan asid perut.

6. Meningkatkan daya fokus kita

Didalam 1 kajian mendapati bahawa lemon mempunyai bau yang menenangkan sehingga mampu meningkatkan fokus seseorang dengan hanya menghidu . Hebat kann ?

Perlu diketahui bahawa kulit lemon merupakan bahagian pada buah lemon yang paling berkhasiat sekali dan apabila kita membuang kulit lemon ia merupakan satu kesilapan yang besar .

Secara rutin apabila mahu meminum air lemon , kita akan menghiris sebiji lemon kemudian memerahnya ke dalam botol atau jag dan meminumnya sama ada panas atau sejuk dengan membuang kulitnya .

Dan ini adalah satu cara yang salah dan di sini ditunjukkan cara menyediakan resepi air lemon yang betul ;

1. Ambil 2 biji buah lemon yang segar dan sebaiknya yang organik .

2. Potong dengan hirisan yang halus mengikut kehendak dan kreativiti kita .

3. Perahkan hirisan lemon itu tadi sehingga menjadi jus di dalam sebuah bekas minuman .

4. Setelah itu , parutkan kulit lemon yang telah diperah tadi ke dalam air lemon .

5. Kita boleh meletakkan lebihan hirisan lemon tadi di dalam botol pengisar, mug atau cawan .

6. Penuhkan bekas jus lemon itu dengan air panas untuk air lemon yang panas atau dengan ais menjadi air lemon yang sejuk . Letakkan sedikit madu untu menambah kemanisan jika kita  mahu atau boleh sahaja diminum kosong .

Jadi pastikan kita minum air lemon setiap hari untuk kesihatan badan yang lebih baik . Pastikan kita mendapat zat dari air lemon dengan parutan kulitnya sekali .

# Sekadar berkongsi apa yang tahu sahaja . Jika adew kesilapan , mohon maaf 😊 .

Comments

Popular posts from this blog