TIPS
– TIPS KESIHATAN .
ASSALAMUALAIKUM SEMUA , HYE
Kesihatan
merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai dalam kehidupan kita . Sudah
semestinya setiap individu menginginkan tahap kesihatan yang baik dengan
memiliki tubuh badan yang sihat maka dengan itu mereka dapat melaksanakan aktiviti
harian tanpa sekatan . Maka menerusi artikel ini , saya ingin berkongsi tips
dan info bagaimana cara untuk menjaga kesihatan diri .
PENGAMBILAN PEMAKANAN SEIMBANG .
Dalam
tubuh badan manusia ada 3 ruang seperti 1/3 udara , 1/3 air dan 1/3 untuk makanan
. Kita perlu mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang berpandukan pyramid
makanan . Ini adalah untuk memastikan tubuh badan kita mendapat zat dan vitamin
yang secukupnya dan seterusnya untuk memastikan tenaga yang mencukupi .
SENTIASA BERSENAM .
Gerakkan
tubuh badan kita dengan cara melakukan aktiviti seperti berjalan dan berjoging
. Dengan itu , kita dapat mengerakkan otot badan dan membolehkan ia berfungsi
dengan baik . Kita juga dapat membakar lemak yang berlebihan , mengeluarkan
peluh serta dapat melancarkan pengaliran darah dari tubuh ke jantung sekaligus
mengurangkan risiko penyakit jantung .
BERFIKIRAN POSITIF DAN CERIA .
Apabila
kita merasa kecewa diatas segala nasib malang yang menimpa , kita seharusnya
mengingatkan diri bahawa semua ini adalah DUGAAN daripada Allah . Yakin bahawa
setiap perkara yang berlaku ada HIKMAH disebalik setiap apa yang berlaku keatas
diri kita .
PENGAMBILAN MINUMAN MENGIKUT STANDARD
DITETAPKAN .
Kita
mungkin akan kehilangan berat badan dengan hanya memperbanyakan minum air
kerana ianya dapat mengurangkan pengambilan makanan . Minum sekurang –
kurangnya 2 liter @ 8 gelas sehari . Air membantu dalam membersih dan
menyingkirkan segala toksik sekaligus dapat mengekalkan kecantikan kita .
MENJAGA KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN .
Amalan
kebersihan haruslah dilaksanakan setiap masa agar terhindar daripada sebarang
penyakit berbahaya . Kita juga akan menjadi bangsa yang sentiasa dihormati dan
disanjung tinggi . Kata – kata hikmat ,’ Negara Bersih , Rakyat Sihat , Badan
Sihat , Otak Cerdas ‘ dan ‘ Kebersihan Separuh Daripada Iman ‘ .
Comments
Post a Comment