ULSER .
Asalamualaikum , selamat mlm 🌛 uolls . Entryy kalii niee psal ulser plakk . Ideaa kalii niee tercetus sbb saya sendiri mengalaminya . Saketnya memang tak tertahan sampaii bole buat saya 😭 hokayy . Nak makan , nak minum ponn susah .
Ulser mulut ni nampak je kecik alaa -ii cilipadi . Tapi dia punya pedih , boleh tahan juga .
Korang pernah terkena ulser mulut ? Mesty pernah larr ann ? Ulser niee selalu terjadi apabila cuaca panas 🌞 atau pun dalam badan kita yang panas . Ulser nie merupakan bintik - ii kecil yang tumbuh dalam mulut iaitu disekitar bibir . Paling stress biler tumbuh dekat dengan gigi too .
Jadi , entry kali nie nak share apa punca dan simptom - ii dia bagaimana bole berlaku ?
1. Kecederaan ataupun tergigit ketika makan atau bercakap .
2. Alahan .
3. Jangkitan kulat , virus atau bakteria .
4. Kurang zat besi , asid folik dan vitamin B12 .
Selalunya ulser nie akan hilang dalam masa 1-2 minggu . Tiada ubat yang dapat menyembuhkannya secara serta-merta tetapi ada beberapa bahan dan cara menghilangkan ulser mulut yang boleh kita lakukan di rumah. Berikut adalah beberapa rawatan secara semulajadi yang mungkin boleh kita gunakan untuk mangatasi masalah ulser niee antaranya ialah :-
1. Garam
Air garam adalah pilihan ramai sejak dari dulu lagi . Selalunya kita perlu berkumur dengan air garam selama 2 atau 3 kali sehari dalam mase 30 saat untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidak keselesaan akibat luka di mulut . Tetapi kita perlu tahan sakit sikit ya lgii - ii kalo kene kat ulser too perghh , sakett weyy. Seriuss xxtipuu .
2. Air kelapa
Ulser terjadi apabila dalam badan kita terlau panas. Jadi air kelapa medipercayai boleh membantu menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk . Kalo saya slalu minum air kelapa time deman jew larr , too pon kene paksa ngan abah . Selain dari menyembuhkan ulser , ia juga baik untuk kesihatan . 2 in 1 gitu !
3. Madu
Madu adalah salah satu rawatan yang paling mujarab dimana madu memiliki sifat antibakteria . Letakkan di tempat terkena ulser dan ia akan surut sedikit demi sedikit . Sesuai juga untuk kanak-kanak . Sapukan sedikit madu asli pada tempat yang terkena ulser dan biarkan ia melarut dalam mulut .
4. Uncang teh
Rendamkan uncang teh yang telah direndam ke bahagian mulut atau bibir yang terdapat ulser selama 5 minit .Teh adalah sejenis bahan beralkali . Maka , ia dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit pada ulser mulut .
TIPS TAMBAHAN 😃
🌼 Rendam berus gigi di dalam air suam selepas menggunakannya bagi membunuh sebarang bakteria yang datang .
🌼 Banyakkan minum air sebab ia boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan .
🌼 Elakkan daripada makan coklat atau makanan yang manis semasa mengalami ulser , ia boleh melambatkan proses penyembuhan.
DAPATKAN RAWATAN DOKTOR SEKIRANYA
🌼 Ulser mulut tidak berkurangan walaupun selepas 3 minggu .
🌼 Kerap berlaku semula sehingga menjadi semakin sakit dan merah – ia mungkin tanda jangkitan .
Sekiranya anda ingin berkongsikan pengalaman , atau mencadangkan cara yang lain selain diatas bolehlah berbuat demikian dengan meninggalkan komen di bawah .
Sekian 😊
Comments
Post a Comment