WAKTU TERBAIK MAKAN BUAH !



Buah ialah sejenis makanan yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan manusia . Kandungan gula semulajadi yang terkandung di dalam buah – buahan lebih baik daripada memakan makanan yang diproses iaitu mengandungi gula tambahan .


MANA YANG BETUL ? MAKAN BUAH SEBELUM MAKAN NASI ATAU MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ?

Persoalan ini sering timbul dan yang pastinya jawapannya mesti bermacam – macam jenis. Gerenti larr kann , lain orang lain pendapat . Sesetengah individu berpendapat lebih baik makan nasi terlebih dahulu untuk melawaskan makanan . Namun sesetengah individu berpendapat bahawa kandungan buah sama seperti kandungan sayur .

Menerusi artikel ini , saya ingin kongsikan waktu yang paling terbaik untuk makan buah ? Jadi inilah jawapan yang dapat saya kongsikan :-

1. WAKTU PALING BAIK .

  • KETIKA PERUT KOSONG dimana pada waktu tersebut , buah akan menjadi detoks yang berkesan untuk badan . Semua nutrisi yang terdapat dalam buah dapat diserap dengan sepenuhnya .

  • KETIKA BERSARAPAN dimana pada waktu tersebut , ia dapat meningkatkan sistem perhadaman dan kadar gula dalam darah secara perlahan sehinggalah perut anda merasa kenyang untuk jangka masa yang lama .


  • SETIAP MUSIM BUAH – BUAHAN dimana pada masa ini pakar nutrisi menyarankan supaya mengambil pengambilan buah yang tepat pada musimnya kerana kandungan nutrisi buah yang tepat musimnya lebih sedap dan tidak menggunakan zat kimia serta pengawet . Fresh from ladang , hokey !

2.  WAKTU YANG BAIK .

  • SEBELUM BERSENAM dimana 1 jam waktu yang disarankan oleh pakar nutrisi sebelum melakukan sesuatu aktiviti senaman . Buah – buahan ini kan menjadi satu suntikan nutrisi yang baik dalam meningkatkan tenaga dalam badan untuk mengisi semula simpanan tenaga yang sudah habis .

  • SEBELUM ATAU SELEPAS MAKAN TENGAH HARI dimana pengambilan buah yang disarankan diambil 1 jam sebelum makan tengah hari dan 2 jam selepas makan tengah hari . Pada waktu ini , ia adalah untuk memastikan kandungan vitamin C , pectin dan serat yang dapat dieserap dengan maksima . Ia juga membantu dalam mengurangkan jumlah kolestrol . Walaubagaimanapun , pengambilan buah selepas makan akan mengurangkan penyerapan nutrien .

Jadi apa yang dapat saya simpulkan ialah , kita tidak digalakkan untuk mengambil  pengambilan buah selepas makan kerana pada masa itu berlakunya satu proses penyerapan fruktosa dalam badan lebih lambat .

Comments

Popular posts from this blog